Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan tangguh rancangan longgarkan sekatan COVID-19; jumlah kes baru merosot buat hari ke-3

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Pemerintah Korea Selatan pada Jumaat (20 Mei) mengumumkan ia akan menangguhkan rancangan untuk melonggarkan langkah-langkah sekatan COVID-19 selama lagi empat minggu. 

Ini termasuk menarik balik mandat kuarantin tujuh hari bagi pesakit COVID-19, lapor agensi berita tempatan Yonhap. 

"Varian-varian baru yang amat mudah berjangkit sudah dikesan di negara ini, dan ada keprihatinan tentang kesan dan daya imun vaksin yang merosot," kata Menteri Ehwal Dalam Negeri Lee Sang-Min dalam satu mesyuarat tindak balas virus. 

"Kami akan mengekalkan mandat kuarantin tujuh hari dan semak semula keadaan selepas empat minggu," kata Encik Lee. 

Langkah-langkah  sedia ada sekarang dikuatkuasakan sehingga 20 Jun. 

Penguasa kesihatan negara itu menetapkan tempoh sementara selama empat minggu untuk membuat persiapan sebelum mengambil langkah-langkah pasca pandemik seterusnya yang memberi tumpuan kepada pemansuhan mandat kuarantin. Tempoh sementara itu dijadual berakhir pada Jumaat (20 Mei). 

Dalam pada itu, jumlah kes baru COVID-19 di Korea Selatan jatuh buat hari ketiga berturut-turut dan kekal di bawah paras 30,000.  

Negara itu melaporkan 25,125 kes baru COVID-19, termasuk 22 kes import. 

Ini membawa jumlah kes terkumpul kepada 17,914,957, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA). 

Sebanyak 43 kematian akibat COVID-19 dilaporkan, menjadikan angka kematian setakat ini kepada 23,885. 

Setakat malam Jumaat,  86.8 peratus daripada 44.56 juta penduduk Korea Selatan sudah lengkap divaksin, manakala 64.8 peratus sudah menerima suntikan dos penggalak. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan