Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan tamatkan peraturan pakai pelitup di kawasan terbuka

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Korea Selatan tamatkan peraturan pemakaian wajib pelitup di kawasan terbuka mulai Isnin (2 May).

Pihak berkuasa kesihatan negara itu pada Jumaat (29 Apr) menyatakan keputusan itu dibuat kerana jumlah kes baru COVID-19 terus merosot.

Sungguhpun begitu pakai pelitup masih diwajibkan bagi acara di kawasan terbuka yang disertai lebih 50 orang.

Keputusan terbaru itu menyusuli langkah Korea Selatan pada awal bulan ini menarik balik hampir kesemua langkah jarak selamat.

Korea Selatan hari ini melaporkan lebih 50,500 kes baru COVID-19 jauh lebih rendah daripada lebih 620,000 sehari pada pertengahan bulan lalu.

Selain jumlah kes baru semakin berkurangan, lebih 86 peratus penduduk Korea Selatan sudah lengkap divaksin dan sebahagian besar daripada mereka sudah mendapat suntikan dos penggalak.

Sumber : Agensi berita/MU/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan