Skip to main content

Dunia

AS, Korea Selatan tamatkan latihan tentara bersama skala besar

Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengumumkan pada hari Ahad (3 Mac) bahawa mereka akan menamatkan latihan ketenteraan bersama skala besar yang diadakan secara tahunan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Mar 2019 10:37PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 12:15AM

SEOUL: Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengumumkan pada hari Ahad (3 Mac) bahawa mereka akan menamatkan latihan ketenteraan bersama skala besar yang diadakan secara tahunan.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas sidang kemuncak kedua di antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Hanoi yang berakhir tanpa persetujuan formal.

Sehubungan itu, Encik Trump menafikan akan menarik balik sekitar 28,500 askar negaranya yang berpangkalan di Korea Selatan untuk mempertahankannya daripada negara jirannya yang memiliki senjata nuklear.

Sebarang pengunduran dijangka akan mencetuskan tentangan hebat daripada Kongres Amerika dan Jepun, di mana kerajaan konservatifnya bersikap sangat berhati-hati terhadap niat Korea Utara.

Menurut kenyataan dari Pentagon, dalam satu panggilan telefon pada hari Sabtu (2 Mac) di antara Menteri Pertahanan Korea Selatan, Jeong Kyeong-doo dengan rakan sejawatannya dari Amerika Patrick Shanahan, "kedua-dua pihak memutuskan untuk menghentikan siri latihan Key Resolve dan Foal Eagle".

Foal Eagle merupakan latihan bersama terbesar yang biasanya dijalankan oleh kedua-dua negara bersekutu itu yang sering mencetuskan kemarahan Pyongyang.
Sebelum ini, latihan itu melibatkan 200,000 tentera Korea Selatan dan kira-kira 30,000 tentera Amerika.

Latihan tersebut digandingkan dengan Key Resolve, latihan perang simulasi komputer yang dijalankan oleh komander-komander tentera yang biasanya bermula pada bulan Mac dan diadakan untuk sekitar 10 hari.

Sumber : CNA/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita