Korea Selatan tamatkan hampir semua sekatan COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

Hampir 90 peratus daripada penduduk dewasa Korea Selatan sudah lengkap divaksinasi, menurut Reuters pada 3 Nov 2021. (Gambar: Ed JONES/AFP)
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Khamis (11 Mei) mengisytiharkan bahawa hampir semua sekatan COVID-19 ditamatkan termasuk pengasingan wajib.
Semasa mesyuarat tindak balas COVID-19, Encik Yoon berkata tempoh kuarantin mandatori tujuh hari untuk pesakit COVID-19 akan dikurangkan kepada lima hari, lapor Agensi Berita Yonhap.
Beliau berkata arahan pemakaian pelitup dalam bangunan juga akan ditarik balik kecuali di wad hospital manakala tahap krisis COVID-19 akan diturunkan daripada "serius" kepada "berjaga-jaga."
Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu bukan lagi "darurat kesihatan global."

Sumber : Agensi berita/IM/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.