Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan siasat Telegram 'subahat' jenayah seks online guna 'deepfake'

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Polis Korea Selatan melancarkan siasatan ke atas platform Telegram berhubung dakwaan "bersubahat" dalam pengedaran kandungan pornografi online yang membabitkan penggunaan teknologi 'deepfake'.

Siasatan itu antara lain akan meneliti imej remaja yang dijana kecerdasan buatan (AI), lapor Yonhap yang memetik ketua Pejabat Siasatan Nasional, pada Isnin (2 Sep).

Kandungan lucah 'deepfake termasuk kandungan di mana wajah individu secara digital diletakkan pada imej atau video lucah menggunakan teknologi AI.

Penyiar Korea Selatan melaporkan bulan lalu bahawa pelajar universiti mengendalikan ruang sembang Telegram yang menyalahi undang-undang, di mana bahan lucah menunjukkan rakan sekelas wanita mereka, yang menggunakan deepfake dikongsi online.

Ia salah satu daripada beberapa kes berprofil tinggi yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Berdasarkan jenayah (deepfake) ini, Agensi Polis Kebangsaan Seoul melancarkan siasatan minggu lalu... kerana bersubahat dengan jenayah itu," kata Woo Jong-soo, ketua biro siasatan di Agensi Polis Negara, menurut transkrip daripada taklimat media.

"Telegram tidak segera memberikan respons terhadap permintaan kami sebelum ini semasa siasatan jenayah dijalankan berkaitan Telegram, " katanya.

Pada minggu lalu sahaja, polis menerima 88 laporan mengenai kandungan lucah menggunakan deepfake, kata Encik Woo, sambil menambah mereka telah mengenal pasti 24 suspek.

Siasatan Telegram dimulakan selepas Pavel Durov, pengasas dan ketua Telegram, ditangkap bulan lalu di Perancis.
Sumber : Agensi berita/SU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan