Skip to main content

Dunia

Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit nahas Jeju Air

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit nahas Jeju Air

Gambar: YONHAP/AFP

Diterbitkan : 05 Jan 2025 07:03AM Dikemas Kini : 05 Jan 2025 07:47AM
SEOUL: Pasukan penyiasat Korea Selatan dijangka memuktamadkan transkrip perakam suara kokpit (CVR) yang ditemukan daripada serpihan pesawat Jeju Air yang terbakar dalam satu kemalangan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Sabtu (4 Jan).

Menurut Agensi Berita Yonhap, Lembaga Penyiasatan Kemalangan Penerbangan dan Kereta Api di bawah Kementerian Tanah, Infrastruktur, dan Pengangkutan dijangka menyudahkan transkrip CVR itu pada Sabtu sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan, Ahad lalu yang meragut nyawa semua kecuali dua daripada 181 penumpang dan anak kapal.

Rakaman itu berpotensi memberikan petunjuk mengenai detik terakhir sebelum nahas, namun kementerian memaklumkan ia tidak akan didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai.

Perakam data penerbangan (FDR) sedang disiapkan sebelum dihantar ke Amerika Syarikat untuk  dianalisis, menurut kementerian itu.

Pesawat Jeju Air itu, yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Muan terhempas di landasan selepas menghantar panggilan kecemasan sebelum melanggar penghadang konkrit di hujung landasan lapangan terbang itu dan terbakar.

Pegawai Korea Selatan dan Amerika Syarikat, termasuk daripada syarikat pengeluar pesawat, Boeing, sedang berusaha mengenal pasti punca kemalangan itu.

Sesetengah pihak mencadangkan bahawa pelanggaran dengan burung, kegagalan gear pendaratan, serta penghadang konkrit mungkin menjadi faktor penyumbang kepada nahas itu.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita