Korea Selatan sasar lancar kapal selam kuasa nuklear pertama jelang pertengahan 2030-an
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal selam KSS-III ROKS Dosan Ahn Chang-ho South Korean. (Gambar fail: Reuters/Chris Helgren)
SEOUL: Korea Selatan akan berusaha untuk melancarkan kapal selam berkuasa nuklear pertamanya menjelang pertengahan tahun 2030-an, di bawah satu program baharu yang bertujuan untuk mengekang ancaman peluru berpandu dan senjata nuklear daripada kapal selam Korea Utara, menurut kenyataan pihak pegawai pada Selasa (26 Mei).
Seoul sekian lama berhasrat untuk menyertai kelompok negara elit yang mengendalikan kapal selam berkuasa nuklear. Langkah ini berpotensi mengubah landskap keselamatan di Asia serta meningkatkan persaingan mencipta senjata bawah air.
"Kapal selam berkuasa nuklear ini, yang akan dibina atas dasar pakatan kukuh antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat, adalah simbol tekad kami untuk memikul tanggungjawab bagi menjaga keamanan dan keselamatan di Semenanjung Korea," kata Presiden Lee Jae Myung kepada sebuah jawatankuasa yang memeriksa strategi pertahanan masa depan negara itu.
Kapal selam berkenaan akan menggunakan bahan api uranium yang diperkaya pada tahap rendah serta akan dibangunkan dan dibina sepenuhnya di Korea Selatan, kata Menteri Pertahanan Ahn Gyu-back ketika membentangkan rancangan asas negara itu bagi mendapatkan kapal selam berkuasa nuklear.
Encik Ahn menjelaskan bahawa program tersebut akan memanfaatkan industri nuklear, pembinaan kapal, dan pertahanan Korea Selatan, sambil mengekalkan komitmen Seoul untuk tidak memiliki atau membangunkan senjata nuklear sendiri.
Menyusuli kenyataan Presiden Lee yang menekankan pentingnya projek itu dalam mesyuarat Kabinet, saham syarikat pembinaan kapal Korea Selatan, Hanwha Ocean dan HD Hyundai Heavy, masing-masing ditutup tinggi melonjak sebanyak 10.2 peratus dan 9.6 peratus.
Korea Selatan akan bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat sepanjang proses untuk mendapatkan bekalan bahan api uranium diperkaya tahap rendah itu bagi memastikan tiada pelanggaran terhadap komitmen sekatan penyebaran senjata nuklear, di samping bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kata Encik Ahn.
Beliau menambah bahawa rancangan itu menyasarkan kapal pertama untuk dilancarkan pada pertengahan dekad 2030-an.
Menurut kenyataan pemerintah sebelum ini, sistem pendorong nuklear akan membolehkan kapal selam baharu tersebut berada di dalam air dalam tempoh yang jauh lebih lama serta memberikan keupayaan bergerak yang lebih hebat berbanding kapal selam sedia ada milik Korea Selatan.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.