Korea Selatan sahkan satu lagi kes selesema burung sangat berbahaya
Korea Selatan pada Ahad (16 Jan) melaporkan satu lagi kes selesema burung yang sangat berbahaya atau bersifat "highly pathogenic" (menyebabkan penyakit) di sebuah ladang itik di wilayah barat daya.
(Gambar: BERNAMA)
SEOUL: Korea Selatan pada Ahad (16 Jan) melaporkan satu lagi kes selesema burung yang sangat berbahaya atau bersifat "highly pathogenic" (menyebabkan penyakit) di sebuah ladang itik di wilayah barat daya.
Ladang itu menternak kira-kira 33,000 ekor itik di Yeongam, 384 kilometer ke selatan Seoul, lapor agensi berita Yonhap, memetik kementerian pertanian dan penternakan.
Kes itu menandakan insiden ke-21 selesema burung sangat patogen ditemui di ladang ayam pada musim sejuk ini.
Pemerintah memberi amaran kepada pemilik ladang ayam tempatan mengenai peningkatan selesema burung baru-baru ini, menggesa mereka memerhatikan ladang masing-masing dan segera melaporkan sebarang gejala yang disyaki.
Selesema burung yang sangat patogenik amat mudah menular dalam kalangan burung dan boleh menyebabkan penyakit yang teruk dan juga kematian, terutamanya dalam kalangan ayam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.