Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan sahkan lagi 2 kematian, 123 kes baru COVID-19

Korea Selatan mengesahkan lagi 123 kes baru jangkitan virus korona COVID-19 pada Ahad (23 Feb), meningkatkan jumlah kes di seluruh negara itu kepada seramai 556, termasuk dua kematian baru, yang membawa angka korban kepada empat orang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan sahkan lagi 2 kematian, 123 kes baru COVID-19

Seorang pegawai kesihatan Korea Selatan menyemburkan gas pembasmi kuman di luar cawangan gereja Shincheonji Church of Jesus di Daegu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Feb 2020 01:18PM Dikemas Kini : 23 Feb 2020 01:40PM

SEOUL: Korea Selatan mengesahkan lagi 123 kes baru jangkitan virus korona COVID-19 pada Ahad (23 Feb), meningkatkan jumlah kes di seluruh negara itu kepada seramai 556, termasuk dua kematian baru, yang membawa angka korban kepada empat orang.

Kematian keempat melibatkan seorang lelaki di hospital di Cheongdo, sebuah bandar di bahagian selatan negara itu yang dikaitkan dengan sebuah kumpulan agama, dengan sekitar 100 penganutnya disahkan dijangkiti COVID-19.

Dalam kalangan kes baru itu, 75 daripada mereka ada kaitan dengan gereja Shincheonji Church of Jesus di bandar Daegu, menurut Pusat Korea bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit dalam kenyataan yang dikeluarkannya.

Beratus-ratus anggota gereja tersebut dijangkiti COVID-19, bermula daripada seorang wanita berusia 61 tahun yang demam pada 10 Februari, tetapi masih menghadiri sekurang-kurangnya empat perhimpunan gereja di Daegu sebelum didiagnosis dijangkiti virus berkenaan.

Daegu merupakan bandar keempat terbesar di Korea Selatan dengan 2.5 juta penduduk. Cheongdo pula adalah kawasan di mana pengasas gereja Shincheonji Lee Man-hee dilahirkan. Bandar dan daerah tersebut diisytiharkan sebagai 'zon jagaan khas' pada Jumaat (21 Feb).
  

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan