Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan sahkan jangkitan tempatan pertama cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan sahkan jangkitan  tempatan pertama cacar monyet

(Gambar: Md Saiful Islam Khan/iStock)

SEOUL: Korea Selatan mengesahkan kes tempatan pertama cacar monyet pada Sabtu (8 Apr) menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada enam.

Warga Korea Selatan itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh tiga bulan lalu, dan disahkan positif pada Jumaat, lapor agensi berita Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Pesakit itu telah pergi ke hospital pada Isnin dengan gejala ruam kulit dan dilaporkan sebagai kes disyaki cacar monyet kepada penguasa kesihatan pada Khamis.

Tidak seperti lima kes sebelumnya, yang dikaitkan dengan perjalanan ke luar negara, pesakit terbaru itu tidak pernah ke luar negara dalam tempoh tiga buan lalu, kata KDCA.

Dia mula mengalami gejala sekitar akhir Mac dan berhubung dengan beberapa individu selama beberapa hari.

Pesakit itu kini dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan sihat, menurut KDCA.

Virus itu boleh menyebabkan demam, menggigil dan ruam.

Kes pertama cacar monyet dikesan di negara itu pada 22 Jun tahun lalu, dan kes kelima dilaporkan pada 13 Mac.
Sumber : Bernama/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan