Korea Selatan peroleh kotak hitam pesawat Jeju Air
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: YONHAP / AFP)
SEOUL: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pada Ahad (29 Dis) memaklumkan bahawa unit penyiasatnya berjaya memperoleh kedua-dua kotak hitam dari pesawat yang terhempas, menyebabkan sekurang-kurangnya 167 maut, lapor Xinhua.
Seorang pegawai Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung memaklumkan bahawa perakam data penerbangan dan perakam suara sudah diperoleh untuk menyiasat punca sebenar kemalangan.
Pesawat yang membawa 181 penumpang, termasuk 173 rakyat Korea Selatan dan dua warga Thailand serta enam kru, terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 kilometer barat daya ibu negara Seoul, sekitar pukul 9.07 pagi waktu tempatan (0007 GMT) pada Ahad.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.