Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Korea Selatan pamer kekuatan jet tempur susulan ujian peluru berpandu Korea Utara

Anggaran Waktu Membaca:
AS, Korea Selatan pamer kekuatan jet tempur susulan ujian peluru berpandu Korea Utara

Gambar: South Korean Defence Ministry/AFP

Diterbitkan : 07 Jun 2022 07:41PM Dikemas Kini : 07 Jun 2022 07:41PM

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mempamerkan kekuatan udara kepada Korea Utara pada Selasa (7 Jun) dengan menerbangkan 20 pesawat tempur di kawasan perairan sekitar semenanjung Korea.

Ia termasuk 16 pesawat tempur Korea Selatan, melibatkan jet F-35 dan empat jet F-16 dari AS, sebagai "tindak balas terhadap ancaman musuh", menyusuli ujian peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini, kata Ketua Staf Bersama Seoul dalam satu kenyataan.

Pasukan bersekutu itu "mempamerkan keupayaan dan kesediaan membuat serangan pantas dan tepat terhadap sebarang provokasi dari Korea Utara", tambahnya.

Pameran kekuatan udara yang melibatkan sekitar 20 pesawat tempur itu, dilakukan sehari selepas AS dan Korea Selatan melepaskan lapan peluru berpandu balistik ke Laut Jepun menyusuli ujian senjata Pyongyang pada Ahad (5 Jun).

Pada Ahad, Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat dari empat lokasi berbeza dalam masa 30 minit - iaitu salah satu ujian tunggal terbesarnya, kata penganalisis.

Negara bersenjata nuklear itu sudah melakukan beberapa ujian senjata tahun ini, termasuk melepaskan peluru berpandu balistik jarak jauh buat kali pertama sejak 2017.

Pegawai AS dan Korea Selatan sudah memberi amaran selama berminggu-minggu bahawa rejim Kim Jong Un sedang membuat persiapaan untuk menjalankan ujian nuklear baru.

Timbalan Setiausaha Negara AS Wendy Sherman, yang berada di Seoul bagi lawatan tiga hari, memberi amaran akan tindak balas yang "pantas dan kuat" sekiranya Pyongyang meneruskan ujian yang ketujuh itu.

"Sebarang ujian nuklear akan melanggar ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya selepas bertemu dengan rakan sejawat beliau di Korea Selatan.

Seluruh dunia akan bertindak balas dengan "tegas dan jelas", katanya, sambil menambah: "Kami sudah bersedia."

Cik Sherman berkata AS masih bersedia untuk mengadakan dialog dengan Korea Utara, sambil berkata bahawa Washington "tidak berniat untuk bermusuhan dengan" Pyongyang.

Gabungan pameran udara pada Selasa adalah yang ketiga dilakukan di bawah Presiden baru Korea Selatan Yoon Suk-yeol, yang berikrar untuk mengambil pendirian lebih tegas terhadap Pyongyang.

Sumber : AFP/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa