Korea Selatan mula beri dos keempat vaksin COVID-19
Korea Selatan akan memulakan pemberian vaksin dos yang keempat bulan ini.

(Gambar: Jung Yeon-je/AFP)
SEOUL: Korea Selatan akan memulakan pemberian vaksin dos yang keempat bulan ini.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa kesihatan akan menyediakan tambahan berjuta-juta bekalan ujian kit kendiri bagi mengurangkan isu kekurangan kit tersebut susulan penulan varian Omicron.
Penularan varian Omicron menyaksikan peningkatan kes harian secara drastik.
Namun dengan perkembangan vaksinasi dos penggalak yang pantas ketika ini, 57 peratus daripada 52 juta penduduk Korea Selatan membantu mengurangkan kadar kematian dan komplikasi teruk.
Menurut Menteri Kesihatan, Kwon Ddeok-Cheol, individu dalam kalangan berisiko yang pertama akan mendapatkan suntikan keempat.
Ia merupakan dos kedua bagi dos penggalak.
Golongan berisiko termasuk mereka yang berada di rumah jagaan dan kemudahan kesihatan serta mereka yang mempunyai imunisasi rendah.
Ia termasuk lebih 500,000 individu berusia 18 tahun ke atas yang bertugas sebagai petugas kesihatan dan 1.3 juta yang mempunyai masalah kesihatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.