Korea Selatan mahu rundingkan terma tarif cip lebih baik dengan Amerika Syarikat
Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Korea Selatan akan merundingkan syarat-syarat yang menguntungkannya bagi tarif Amerika Syarikat ke atas import cip memori, kata jurucakap pejabat presiden semasa satu taklimat media yang disiarkan di televisyen pada Ahad (18 Jan).
Negara itu tahun lalu mengeluarkan beberapa fakta bersama tentang perjanjian perdagangannya dengan Washington yang merangkumi syarat-syarat yang memastikan Korea Selatan tidak akan menerima layanan yang tidak menguntungkan daripada tarif Amerika Syarikat ke atas cip import berbanding pesaing utama, kata pegawai itu. Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai pengisytiharan pentadbiran Trump yang mengenakan tarif ke atas cip kecerdasan buatan.
Pada Sabtu (17 Dis), menteri perdagangan Korea Selatan berkata tarif Washington ke atas beberapa cip pengkomputeran canggih akan memberi impak terhad terhadap syarikat-syarikat Korea Selatan.
Samsung Electronics dan SK Hynix dari Korea Selatan merupakan antara pengeluar cip memori terbesar di dunia.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.