Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan larang dron di sekitar mahkamah tertinggi sebelum keputusan pendakwaan Presiden Yoon

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan larang dron di sekitar mahkamah tertinggi sebelum keputusan pendakwaan Presiden Yoon

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol yang didakwa melambai penyokongnya di luar Pusat Pemulihan Seoul di Uiwang pada 8 Mac, 2025. (Gambar: YONHAP / AFP)

Diterbitkan : 12 Mar 2025 10:57PM Dikemas Kini : 12 Mar 2025 11:05PM
SEOUL: Pihak berkuasa trafik udara Korea Selatan akan melarang penggunaan dron di sekitar Mahkamah Perlembagaan di Seoul mulai Khamis (13 Mac) menjelang keputusan mengenai pendakwaan Presiden Yoon Suk Yeol.

Langkah itu akan berkuat kuasa dari Khamis hingga Rabu depan, menurut notis yang dikeluarkan oleh sistem maklumat aeronautik Kementerian Pengangkutan pada Rabu.

Mahkamah dijangka membuat keputusan mengenai pendakwaan Encik Yoon dalam masa beberapa hari lagi, walaupun tarikh rasmi belum diumumkan.

Polis sebelum ini mengumumkan dalam kenyataan bahawa pihaknya meminta kementerian untuk menetapkan larangan sementara penggunaan dron di sekitar mahkamah dan kawasan berdekatan seluas 1.85 kilometer, sehingga akhir bulan ini.

Polis dijangka mengerahkan lebih ramai anggotanya manakala stesen kereta api bawah tanah serta sekolah berhampiran akan ditutup pada tarikh keputusan yang akan menentukan masa depan politik Encik Yoon berikutan pelaksanaan undang-undang tentera yang hanya berlangsung seketika pada 3 Disember.

Pada Ahad, sehari selepas Encik Yoon pulang ke rumah, ribuan penyokongnya berhimpun di sekitar kediamannya untuk membantah pendakwaan itu sambil dikawal ketat polis.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan