Skip to main content

Dunia

Korea Selatan lapor lebih banyak kes FMD; jumlah meningkat kepada 10

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lapor lebih banyak kes FMD; jumlah meningkat kepada 10

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Mar 2025 07:26AM Dikemas Kini : 19 Mar 2025 07:27AM
SEOUL: Korea Selatan pada Selasa (18 Mac) melaporkan lebih banyak kes penyakit kaki dan mulut (FMD) di ladang ternakan tempatan, menjadikan jumlah kes tahun ini meningkat kepada 10, menurut para pegawai.

Menurut Agensi Berita Yonhap, kes terbaharu dikesan di ladang ternakan di daerah Yeongam, kira-kira 300 kilometer ke selatan Seoul.

Ladang-ladang itu terletak berhampiran ladang ternakan yang mencatatkan kes FMD pertama tahun ini pada minggu lalu, yang merupakan kejadian pertama dalam tempoh hampir dua tahun.

Berikutan wabak pertama itu, pemerintah Korea Selatan telah menaikkan tahap krisis bagi Yeongam dan beberapa kawasan bersebelahan ke tahap "serius," iaitu tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat, serta memulakan program vaksinasi FMD di seluruh negara, yang pada asalnya dijadualkan pada bulan depan.

FMD adalah penyakit virus berjangkit akut yang menjejaskan lembu, babi, kambing dan haiwan berkuku belah yang lain. Ia tidak menjejaskan manusia.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita