Skip to main content

Dunia

Korea Selatan lapor 3 lagi kes varian Omicron

Korea Selatan pada Ahad (5 Dis) melaporkan tiga lagi kes koronavirus Omicron, menjadikan jumlah keseluruhan varian itu kepada 12 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lapor 3 lagi kes varian Omicron

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2021 07:22PM Dikemas Kini : 05 Dec 2021 07:23PM

SEOUL: Korea Selatan pada Ahad (5 Dis) melaporkan tiga lagi kes koronavirus Omicron, menjadikan jumlah keseluruhan varian itu kepada 12 kes.

Demikian menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Ia melaporkan 5,128 kes baru COVID-19 pada Sabtu (4 Dis), merosot sedikit berbanding 5,352 kes yang dilaporkan pada Jumaat.

Secara keseluruhan, Korea Selatan melaporkan 473,034 kes COVID-19 dan 3,852 kematian.

Mulai Isnin (6 Dis), pengunjung ke 14 tempat awam termasuk tempat-tempat hiburan dan hospitaliti perlu menunjukkan pas vaksin dengan pemerintah langkah-langkah bagi mengurangkan risiko penularan dalam masyarakat. Orang ramai diberi masa selama seminggu untuk menyesuaikan diri kepada peraturan baru itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita