Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan lanjutkan sekatan perjalanan ke luar negara sehingga 15 Feb

 Korea Selatan pada Jumaat (15 Jan) melanjutkan sekatan perjalanan ke luar negara selama sebulan lagi kerana penularan COVID-19 yang berterusan, menurut Kementerian Luar.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lanjutkan sekatan perjalanan ke luar negara sehingga 15 Feb

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Jan 2021 01:07PM Dikemas Kini : 15 Jan 2021 01:15PM

SEOUL: Korea Selatan pada Jumaat (15 Jan) melanjutkan sekatan perjalanan ke luar negara selama sebulan lagi kerana penularan COVID-19 yang berterusan, menurut Kementerian Luar.

Langkah yang berkuat kuasa sehingga 15 Februari itu meminta warganya membatalkan atau menangguhkan rancangan perjalanan ke luar negara. Sekatan perjalanan yang dikuat kuasa sebelum ini akan berakhir pada Sabtu, lapor agensi berita Yonhap.

Kementerian tersebut turut mendedahkan bahawa tindakan itu dilanjutkan kerana banyak negara di seluruh dunia menyambung sekatan kemasukan dari luar negara dan banyak penerbangan antarabangsa masih digantung.

Rakyat juga disarankan supaya mematuhi garis panduan kebersihan, menghindari perhimpunan besar dan aktiviti luar serta meminimumkan kontak dengan orang lain.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan