Korea Selatan lancar siasatan terhadap punca kebakaran pesawat Air Busan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Yonhap)
BUSAN: Pihak berkuasa Korea Selatan melancarkan siasatan terhadap kebakaran yang berlaku di dalam pesawat penumpang Air Busan yang memaksa 176 orang dipindahkan pada Selasa malam (28 Jan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kementerian Pengangkutan Korea Selatan melalui Lembaga Siasatan Kemalangan Penerbangan dan Kereta Api mengadakan mesyuarat pada Khamis (30 Jan) bersama Perkhidmatan Forensik Kebangsaan, Polis Metropolitan Busan, dan ibu pejabat kebakaran dan bencana Busan untuk membincangkan prosedur siasatan.
Lembaga tersebut menyatakan bahawa mereka akan memulakan pemeriksaan bersama di lokasi kejadian pada petang Khamis setelah menerima pengesahan keselamatan kawasan tersebut, lapor KBS News.
Mereka menambah bahawa terdapat kebimbangan serius mengenai kemalangan berkenaan memandangkan pesawat tersebut membawa kira-kira 16 tan bahan api.
Pemeriksaan dijangka akan menumpukan kepada pencarian titik pencucuhan dengan pelbagai kemungkinan, termasuk kebarangkalian bahawa kebakaran bermula dari objek di salah satu ruang penyimpanan di dalam kabin pesawat.
Pesawat Airbus yang dikendalikan oleh Air Busan itu sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Hong Kong apabila bahagian ekornya terbakar sekitar pukul 10.25 malam pada Selasa (28 Jan).
Kesemua 169 penumpang dan tujuh anak kapal dipindahkan dengan selamat, dengan tujuh daripadanya mengalami kecederaan ringan.
Menurut laporan terkini, kebakaran mungkin berpunca daripada bateri mudah alih yang disimpan dalam ruang penyimpanan di dalam kabin.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kebakaran tersebut.
Insiden berlaku sebulan selepas tragedi pesawat Jeju Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan yang mengorbankan 179 daripada 181 penumpang dan anak kapal.
Kejadian ini menambahkan kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan di Korea Selatan.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa keselamatan penumpang adalah keutamaan nombor satu dan siasatan akan dijalankan dengan teliti untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.