Skip to main content

Dunia

Korea Selatan lancar roket angkasa domestik pertama, namun misi gagal

Korea Selatan melancarkan roket angkasa pertama yang dibangunkan dalam negeri pada Khamis (21 Okt) tetapi gagal untuk meletakkan muatan semu di orbit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lancar roket angkasa domestik pertama, namun misi gagal

Roket Nuri dilancarkan di Pusat Angkasa Naro di Goheung, Korea Selatan, pada 21 Okt 2021. (Gambar: Yonhap menerusi AP)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 10:02PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 10:04PM

SEOUL: Korea Selatan melancarkan roket angkasa pertama yang dibangunkan dalam negeri pada Khamis (21 Okt) tetapi gagal untuk meletakkan muatan semu di orbit.

Ini satu kemunduran dalam usaha negara itu untuk menyertai barisan negara maju lain yang terlibat dalam kegiatan angkasa lepas.

Kenderaan Pelancaran Angkasa Lepas Korea kedua itu, yang secara tidak rasmi diberi nama 'Nuri' dan dihiasi dengan bendera Korea Selatan, dilancarkan di Goheung di pantai selatan negara.

Ketiga-tiga peringkat roket itu berjaya, membawanya ke ketinggian 700 kilometer dan juga muatan 1.5 tan berjaya dipisahkan, kata Presiden Moon Jae-in selepas menyaksikan pelancaran tersebut di pusat kawalan.

Namun, "meletakkan satelit semu di orbit kekal satu misi yang belum berjaya," umum beliau.

"Walaupun ia gagal mencapai matlamatnya dengan sempurna, kita sudah mengecapi prestasi sangat baik dengan pelancaran pertama kita."

Satu lagi percubaan akan dilakukan pada Mei, tambah beliau.

"Negara-negara yang menerajui teknologi angkasa akan memimpin masa hadapan. Kami belum terlalu terlambat untuk berbuat demikian."

Misi itu gagal kerana enjin peringkat ketiga berhenti membakar 46 saat lebih awal daripada yang dijadualkan, Menteri Sains Lim Hye-sook memberitahu wartawan.

Roket Nuri tiga peringkat itu berada dalam pembangunan sedekad lalu pada kos 2 trilion won (AS$1.6 bilion). Ia seberat 200 ton dan 47.2 meter panjang serta dilengkapi enam enjin yang dijana bahan bakar cecair. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita