Korea Selatan lancar kempen 4 minggu perangi pepijat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
SEOUL: Pemerintah Korea Selatan pada Selasa (7 Nov) mengumumkan bahawa ia melancarkan kempen selama empat minggu untuk memerangi serangan pepijat di tengah-tengah kebimbangan orang ramai bahawa serangga perosak itu akan merebak ke seluruh negara.
Di bawah pelan itu, pemerintah akan menjalankan pemeriksaan ke atas "kemudahan mudah terjejas" dari 13 Nov hingga 8 Dis. Ini termasuk tempat mandi, asrama dan pengangkutan awam.
Kemudahan-kemudahan di mana pepijat ditemui akan segera dihapuskan, lapor Yonhap.
Langkah tersebut dilaksanakan oleh Seoul setelah jumlah kes serangan pepijat yang disahkan atau disyaki di seluruh negara meningkat kepada kira-kira 30, lapor agensi berita Yonhap pada Selasa.
Laporan pertama diterima pada September selepas mahasiswa Universiti Keimyung di Daegu, sekitar 240km dari ibu kota Seoul, digigit pepijat di asrama mereka, menurut The Independent.
Hanya sembilan kes pepijat dilaporkan kepada penguasa kesihatan dalam tempoh 10 tahun sejak 2014, dedah Yonhap.
Pihak berkuasa Korea Selatan juga merancang untuk mengadakan mesyuarat mingguan untuk menyemak dan mengemas kini langkah-langkah bagi membendung serangan pepijat, lapor Yonhap.
Pemerintah juga menyatakan bahawa ia akan mengimport racun perosak yang lebih berkesan dan menjalankan kajian mengenai jangkitan pepijat dan ketahanannya terhadap kawalan perosak.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.