Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan, AS lancar 8 peluru berpandu; tindak balas terhadap ujian Korea Utara

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan, AS lancar 8 peluru berpandu; tindak balas terhadap ujian Korea Utara

Gambar: Anthony WALLACE / AFP

Diterbitkan : 06 Jun 2022 10:20AM Dikemas Kini : 06 Jun 2022 01:15PM

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan lapan peluru berpandu mengena sasaran di luar pantai timur Korea Selatan pada Isnin (6 Jun). 

Langkah tersebut sebagai tindak balas kepada pelancaran peluru berpandu balistik jarak dekat secara bertubi-tubi oleh Korea Utara pada Ahad (5 Jun), kata seorang pegawai kementerian pertahanan Korea Selatan.

Tindakan tersebut memaparkan 'keupayaan dan kesediaan untuk melancarkan serangan tepat' terhadap sumber pelancaran peluru berpandu atau pusat arahan dan sokongan Korea Utara. Demikian lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap, memetik kenyataan tentera Korea Selatan. 

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, yang baru memegang jawatan bulan lalu, berikrar untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap Korea Utara. Beliau bersetuju dengan Presiden AS Joe Biden, semasa sidang puncak di Seoul pada Mei lalu, untuk meningkatkan latihan ketenteraan bersama dan kedudukan pencegahan gabungan kedua-dua negara itu. 

Tentera Korea Selatan dan AS melancarkan lapan peluru berpandu selama tempoh kira-kira 10 minit mulai jam 4.45 pagi pada Isnin (6 Jun) sebagai tindak balas kepada lapan peluru berpandu yang dilepaskan Korea Utara semalam, lapor Yonhap. 

Seorang pegawai dari Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengesahkan lapan Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) sudahpun dilancarkan. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan