Korea Selatan kutuk serangan terhadap kapal kargo di Selat Hormuz, ikrar tindak balas
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: HMM/REUTERS)
SEOUL: Pejabat Presiden Korea Selatan pada Isnin (11 Mei) mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap sebuah kapal kargo kendalian syarikat Korea Selatan yang berlaku di Selat Hormuz bulan ini.
Pihak pemerintah menyatakan mereka akan bertindak sebaik sahaja punca serangan dikenal pasti.
Seorang pegawai memaklumkan bahawa pakar menjalankan analisis forensik awal terhadap kerosakan pada bahagian belakang kiri kapal tersebut. Serangan berkenaan menyebabkan kebakaran berlaku di bilik enjin kapal.
Kapal yang diberi nama Namu dan dikendalikan oleh syarikat HMM Co itu dilaporkan tidak melanggar mana-mana peraturan semasa berada di perairan luar Amiriah Arab Bersatu (UAE). Pegawai tersebut menegaskan bahawa serangan terhadap kapal komersial adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini," kata Wi Sung-lac, Penasihat Keselamatan Kebangsaan Presiden Korea Selatan, dalam satu sidang media. Beliau menambah bahawa kerosakan pada kapal itu dikesan semasa pemeriksaan forensik oleh pegawai dan pakar Korea Selatan di sebuah pelabuhan di Dubai.
Kerosakan tersebut tidak disedari pada awalnya disebabkan kedudukannya yang berada di bahagian bawah belakang kapal.
Setakat ini, pihak berkuasa belum dapat memastikan sama ada Iran terlibat dalam serangan tersebut atau tidak.
Tehran sebelum ini menafikan sebarang tanggungjawab terhadap serangan yang melibatkan impak kuat pada bahagian sisi kapal itu.
Pada Isnin, kedutaan Iran di Korea Selatan menyatakan dalam satu kenyataan bahawa mereka belum mempunyai sebarang pendirian mengenai perkara itu, namun akan membuat pengumuman jika terdapat maklumat terkini.
Sejurus selepas kejadian tersebut, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa bahawa Iran melepaskan tembakan ke arah kapal Korea Selatan itu. Beliau turut menggesa Seoul untuk menyertai usaha pimpinan Amerika Syarikat dalam menjaga keselamatan laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Sumber : Reuters/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.