Skip to main content

Dunia

Korea Selatan kukuhkan daya saing dalam bidang perubatan; 3 hospital barah antara 10 terbaik dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan kukuhkan daya saing dalam bidang perubatan; 3 hospital barah antara 10 terbaik dunia

Gambaran salah sebuah daripada hospital terbaik Korea Selatan bagi rawatan kanser. (Gambar: Hospital Samsung)

Diterbitkan : 14 Sep 2025 08:18AM Dikemas Kini : 14 Sep 2025 08:19AM
SEOUL: Tiga hospital Korea Selatan tersenarai dalam 10 hospital barah terbaik dunia menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan majalah mingguan Amerika Syarikat, Newsweek, seperti yang dilapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Pusat Perubatan Samsung berada di kedudukan ketiga, Pusat Perubatan Asan di tempat keempat, manakala Hospital Universiti Nasional Seoul (SNU) di tempat kelapan, menurut majalah itu.

Institusi Samsung dan SNU mengekalkan kedudukan mereka seperti tahun sebelumnya.

Pusat Barah Memorial Sloan Kettering yang berpusat di New York berada di tangga teratas senarai itu.

Sebanyak 17 hospital di Korea Selatan turut disenaraikan dalam kelompok 300 terbaik dunia, sekali gus mengukuhkan lagi daya saing global negara itu dalam bidang perubatan.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita