Korea Selatan kesan kelemahan di lapangan terbang di mana pesawat Jeju Air terhempas
Anggaran Waktu Membaca:
- Lembaga Audit dan Siasatan mendapati Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan meluluskan struktur keselamatan lapangan terbang yang tidak mematuhi piawaian selama 22 tahun.
- Nahas Jeju Air di lapangan terbang Muan mengorbankan 179 orang, dengan hanya dua anak kapal terselamat, akibat pesawat merempuh benteng konkrit yang tidak direka untuk mudah pecah.
- Kementerian mengurangkan kos pembinaan dan gagal menyemak peraturan, menyebabkan pemasangan sistem panduan pendaratan tidak selamat di lapan lapangan terbang.
- Kementerian dan KAC berjanji akan mengambil langkah penambahbaikan, termasuk memperkukuh sistem panduan pendaratan dan langkah mencegah pelanggaran dengan burung, namun laporan siasatan penuh masih belum didedahkan.
SEOUL: Kementerian pengangkutan Korea Selatan mengurangkan kos pembinaan dan meluluskan struktur keselamatan lapangan terbang yang tidak betul selama lebih dua dekad, kata juruaudit negara itu dalam laporan mengenai pengurusan keselamatan penerbangan selepas nahas Jeju Air yang mengorbankan 179 orang.
Ia kemudian merempuh tembok konkrit yang menempatkan antena panduan pendaratan, meragut nyawa hampir semua orang di dalam pesawat berkenaan.
Hanya dua anak kapal di bahagian belakang pesawat terselamat.
Dalam laporan yang diterbitkan pada Selasa (10 Mac), Lembaga Audit dan Siasatan menyatakan kementerian itu membina benteng konkrit setinggi 2.4m untuk meletakkan sistem panduan pendaratan di lapangan terbang Muan bagi mengurangkan kos kerja-kerja mengukuhkan tapak tanah, tanpa menyemak semula peraturan yang berkaitan dengan secukupnya.
Di bawah piawaian antarabangsa, struktur tersebut harus direka untuk mudah pecah apabila pesawat merempuhnya.
Kementerian berkenaan bertanggungjawab bagi pembinaan lapangan terbang. Meskipun operasi diserahkan kepada Korea Airports Corp (KAC), ia tetap bertanggungjawab terhadap pentauliahan keselamatan.
Juruaudit berkata kementerian itu meluluskan pemasangan 14 sistem panduan pendaratan yang tidak mematuhi peraturan di lapan lapangan terbang, termasuk Muan, Gimhae dan Jeju.
Menurut laporan itu lagi, selama 22 tahun, pihak kementerian mengesahkan permit operasi dan meluluskan pemeriksaan berkala seolah-olah semua struktur di lapangan terbang memenuhi piawaian keselamatan.
Ia mengenal pasti kekurangan yang lebih meluas dalam langkah mencegah pelanggaran dengan burung dan aspek lain dalam pengurusan keselamatan udara, dan memaklumkan kementerian tentang 30 kes salah laku atau kegagalan prosedur.
Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan menyatakan ia "dengan rendah hati menerima" dapatan tersebut dan akan mengambil langkah susulan yang ketat, termasuk penambahbaikan sistem panduan pendaratan dan memperkukuh langkah mencegah pelanggaran dengan burung.
Seorang jurucakap KAC berkata pengendali lapangan terbang sedang dalam proses melaksanakan penambahbaikan yang disyorkan dalam laporan tersebut.
Jeju Air bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon untuk mendapatkan komen.
Laporan berasingan yang disiapkan oleh pemerintah mendapati nahas itu mungkin tidak membawa maut jika tidak ada benteng konkrit di hujung landasan, kata seorang ahli parlimen pembangkang pada Januari, sambil merujuk kepada simulasi yang terkandung dalam laporan itu.
Laporan siasatan penuh masih belum didedahkan kepada umum. Pihak berkenaan juga telah terlepas tarikh akhir setahun untuk mengeluarkan laporan kemajuan.
Lapangan terbang Muan ditutup sejak nahas itu. Tidak jelas bila ia akan dibuka semula.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.