Skip to main content

Dunia

Korea Selatan kembali ke 'senarai putih' Jepun bagi eksport mulai 21 Julai

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan kembali ke 'senarai putih' Jepun bagi eksport mulai 21 Julai

(Gambar: AFP/Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian Jepun)

TOKYo: Jepun akan mengembalikan Korea Selatan kepada "senarai putih" bagi eksport serta status perdagangan pantas bermula 21 Julai, kata Menteri Perdagangan Jepun Yasutoshi Nishimura pada Selasa (27 Jun).

Ia merupakan langkah penting bagi menyelesaikan perbalahan ekonomi antara dua negara tersebut.

Jepun menarik balik sekatan eksport ke atas barangan berteknologi tinggi ke Korea Selatan pada Mac sedang kedua-dua negara memperbaiki hubungan antara satu sama lain. Ini sedang Korea Utara berulang kali melancarkan peluru berpandu manakala China mempertingkatkan aktiviti tenteranya.

Menteri Perdagangan Korea Selatan mengalu-alukan langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai "pemulihan sepenuhnya kepercayaan antara kedua-dua negara dalam pengawalan eksport".

Kementerian itu juga menyatakan ia akan bekerjasama dengan Tokyo berhubung isu pengawalan eksport dua hala dan berbilang hala pada masa hadapan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita