Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan isytihar keadaan darurat ekoran kebakaran hutan meluas

Pemerintah Korea Selatan mengisytiharkan keadaan darurat menyusuli kebakaran hutan yang meluas di wilayah pergunungan Gangwon, timur laut negara itu pada Jumaat (5 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan isytihar keadaan darurat ekoran kebakaran hutan meluas

Kebakaran besar di Korea Selatan yang bermula pada 4 April (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Apr 2019 07:30PM Dikemas Kini : 05 Apr 2019 07:32PM

SEOUL: Pemerintah Korea Selatan mengisytiharkan keadaan darurat menyusuli kebakaran hutan yang meluas di wilayah pergunungan Gangwon, timur laut negara itu pada Jumaat (5 Apr).

Sejauh ini seorang penduduk terkorban.

Kebakaran bermula di timur wilayah Gangwon lewat malam semalam dan cepat merebak ke sekurang-kurangnya lima bandar.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengerahkan semua sumber yang ada bagi memadamkan kebakaran itu.

Sekitar 45 helikopter, 900 kereta bomba dan 13,000 pegawai bomba dan anggota penyelamat dari merata Korea Selatan juga dikerahkan.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada letupan sebuah alat transformer elektrik di bandar peranginan Goseong, di wilayah Gangwon.

Goseong, terletak dekat dengan sempadan Korea Utara, yang terkenal dengan taman-taman negara dan pusat-pusat peranginan tepi pantai.

Lebih 4,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka dan dipindahkan ke gimnasium dan sekolah-sekolah.

Pihak berkuasa menyatakan angin kencang menyebabkan api kebakaran cepat marak, memusnahkan lebih 300 rumah dan hutan seluas 386 hektar.

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan