Korea Selatan gesa bagi keamanan di tengah-tengah lawatan Pelosi di Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi bertemu Presiden Tsai Ing-wen di Taiwan pada Rabu, 3 Ogos. (Gambar: AFP)
SEOUL: Korea Selatan pada Rabu (3 Ogos) menggesa agar sesi dialog untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau sedang ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China memuncak menyusuli lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan.
Cik Pelosi juga dijangka mengadakan lawatan ke Korea Selatan sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Asia, yang mana ketibaan beliau di Taipei pada lewat malam Selasa (2 Ogos) menerima perhatian dan menimbulkan kemarahan Beijing.
Beliau merupakan pegawai AS berprofil tinggi yang dipilih untuk melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun, dan China sudah menjelaskan bahawa lawatan Cik Pelosi itu akan dianggap sebagai provokasi besar dan ia memberikan amaran demi amaran serta ancaman.

Pejabat presiden Korea Selatan menggesa agare keamanan dan kestabilan serantau dipastikan menerusi dialog menjelang ketibaan Cik Pelosi di Seoul lewat Rabu.
"Pendirian pemerintah kami adalah untuk mengekalkan komunikasi rapat dengan pihak yang relevan...atas dasar bahawa keamanan dan kestabilan serantau menerusi dialog dan kerjasama adalah penting," jelas jurucakap rasmi pejabat presiden Korea Selatan kepada wartawan.
Persinggahan Cik Pelosi ke Seoul masih menjadi tanda tanya. Namun, satu-satunya pertemuan yang sudah disahkan di Korea Selatan setakat ini adalah dengan Speaker Dewan Negara, Kim Jin-pyo pada Khamis, 4 Ogos nanti.
Presiden Yoon Suk-yeol dijangka tidak akan bertemu dengan Cik Pelosi kerana beliau sedang bercuti.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.