Skip to main content

Dunia

Korea Selatan dilanda hujan lebat, 2 maut dan lebih 1,000 dipindahkan

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan dilanda hujan lebat, 2 maut dan lebih 1,000 dipindahkan

Seorang lelaki melalui jalan raya yang banjir akibat hujan lebat di Gwangju, Korea Selatan, pada 17 Julai 2025. (Gambar: Yonhap melalui Reuters)

Diterbitkan : 17 Jul 2025 07:36PM Dikemas Kini : 17 Jul 2025 07:37PM
SEOUL: Dua orang maut dan lebih 1,000 orang dipindahkan di Korea Selatan selepas negara itu dilanda hujan lebat pada Khamis (17 Jul), menurut kementerian keselamatan.

Sehingga jam 11.00 pagi (10 pagi, waktu Singapura), beberapa bahagian di wilayah Chungcheong Selatan ke selatan ibu kota Seoul, menerima lebih 400mm hujan sejak Rabu, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Paras hujan lebat itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan bagi kawasan tersebut, dan lebih banyak hujan diramalkan untuk malam Khamis, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea.

Banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di Yesan, Korea Selatan, pada 17 Julai 2025. (Gambar: Yonhap melalui Reuters)

Amaran tanah runtuh dinaikkan ke tahap tertinggi untuk beberapa wilayah, termasuk Chungcheong, berikutan hujan lebat berterusan, menurut Khidmat Hutan Korea.

Di bandar Gwangju, sekitar 267km ke selatan Seoul, 87 jalan raya dan 38 bangunan tenggelam dalam sekitar dua jam selepas amaran hujan lebat dikeluarkan, menurut agensi berita Yonhap.

Sebanyak 403 sekolah ditutup, dengan 166 melaporkan tentang kerosakan harta benda akibat hujan lebat, menurut Kementerian Pendidikan Seoul.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita