Korea Selatan dicengkam hari paling sejuk; diramal serendah -25.5 darjah Selsius
(Gambar: Jung Yeon-je/AFP)
SEOUL: Hari paling sejuk musim ini melanda Korea Selatan, dengan suhu menjunam sehingga ke paras -16.4 darjah Selsius di Seoul dan -25.5 darjah Selsius di wilayah utara Cheorwon pada pagi Selasa (24 Jan).
Demikian menurut agensi kaji cuaca Korea Selatan, dipetik agensi berita Yonhap.
Suhu terendah di Seoul adalah -25.5 darjah Selsius, manakala -39.3 darjah Selsius di Cheorwon, menurut Jabatan Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).
Amaran gelombang sejuk dikeluarkan apabila suhu terendah pada waktu pagi mencecah paras lebih rendah daripada -15 darjah Selsius bagi lebih dua hari berturut-turut atau apabila suhu merosot dengan ketara dan kerosakan besar-besaran dijangka berlaku.
Amaran gelombang sejuk dikeluarkan bagi sebahagian besar negara itu, termasuk Seoul, mulai pukul 9.00 malam Isnin (23 Jan), lapor Yonhap.
Suhu merosot ke paras -1.9 darjah Selsius di Pulau Jeju dengan salji lebat antara 30 hingga 50 sentimeter dijangka melanda pulau tersebut.
Suhu pada waktu pagi dijangka semakin merosot antara -9 hingga -23 darjah Selsius pada Rabu (25 Jan) apabila orang ramai pulang ke tempat kerja selepas cuti Tahun Baru Cina, menurut KMA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.