Korea Selatan dan ASEAN setuju perkukuh kerjasama ekonomi, keselamatan
Antara wawasan bersama negara-negara ASEAN dan Korea Selatan, yang diumumkan di sidang Puncak Peringatan ASEAN-Korea Selatan di Busan adalah membina keamanan, kemakmuran dan perkongsian.
BUSAN, KOREA SELATAN: Antara wawasan bersama negara-negara ASEAN dan Korea Selatan, yang diumumkan di sidang Puncak Peringatan ASEAN-Korea Selatan di Busan adalah membina keamanan, kemakmuran dan perkongsian.
Dalam kenyataan bersama, Korea Selatan dan 10 negara anggota ASEAN bersetuju untuk bekerjasama dalam isu-isu serantau dan global.
Ini terutamanya dalam bidang-bidang seperti keselamatan, ekonomi, hubungan antara masyarakat dan kebudayaan.
Dalam ucapannya, pengerusi bersama sidang, Presiden Moon Jae In menyatakan hasrat negaranya untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN.
Beliau menggesa agar usaha ditingkatkan untuk lebih banyak pertukaran antara rakyat serta meningkatkan ketersambungan dengan ASEAN.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha selau pengerusi bersama, pula berkata pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan di rantau ini hanya boleh dicapai menerusi keamanan dan kemantapan.
Oleh itu ASEAN katanya menyambut baik keazaman Korea Selatan untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas nuklear.
Sidang Puncak Peringatan itu menandakan 30 tahun hubungan antara ASEAN dengan Korea Selatan.
Sidang tersebut menggariskan rancangan-rancangan bagi tahap selanjutnya kerjasama antara kedua-dua pihak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.