Skip to main content

Dunia

Korea Selatan dakwa tiada petunjuk rundingan Amerika-Korea Utara dalam masa terdekat

Korea Selatan mendakwa tiada sebarang perkembangan khusus yang menunjukkan rundingan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan dakwa tiada petunjuk rundingan Amerika-Korea Utara dalam masa terdekat

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berjabat tangan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sebelum mengadakan pertemuan semasa sidang puncak kedua Amerika-Korea Utara di Hanoi, Vietnam, pada 27 Februari 2019. (Gambar fail: REUTERS/Leah Millis)

Diterbitkan : 19 Nov 2026 08:35AM
South Korea says there are no signs of US-North Korea talks in the near future
  • South Korea said on Thursday, 19 November, that there were no specific signs that talks between the United States and North Korea would take place in the near future, and that prospects remained uncertain during the APEC Summit in China.
  • Attention was focused on the possibility of a meeting between Donald Trump and Kim Jong Un, but it was unclear how the talks would develop.
  • On the sidelines of the summit on Wednesday, Lee Jae Myung and Vladimir Putin spoke for about 10 minutes, agreed on the need to ease tensions and briefly touched on North Korea’s nuclear issue.
  • The China-South Korea services and investment agreement made progress in addressing informal restrictions on Korean content, while the possibility of K-pop concerts in China remained open.
Dijana oleh AI

SEOUL: Korea Selatan mendakwa tiada sebarang perkembangan khusus yang menunjukkan rundingan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Menurut laporan agensi berita Yonhap pada Khamis (19 Nov), seorang pegawai pejabat presiden menyifatkan prospek rundingan itu sebagai masih belum dapat dijangka, di tengah-tengah Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di China.

Kenyataan itu dibuat ketika perhatian tertumpu kepada kemungkinan pertemuan antara Presiden Amerika Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

LEE, PUTIN SEPAKAT REDAKAN KETEGANGAN DI SEMENANJUNG KOREA

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung dan Presiden Rusia Vladimir Putin mencapai persefahaman mengenai perlunya meredakan ketegangan di Semenanjung Korea.

Kedua-dua pemimpin berbincang selama kira-kira 10 minit semasa satu jamuan di luar Sidang Puncak APEC pada Rabu (18 Nov).

Menurut seorang pegawai pejabat presiden, perbincangan itu turut menyentuh Korea Utara, termasuk program nuklearnya, tetapi tidak secara mendalam.

Pertemuan tersebut memberi peluang kepada Encik Lee untuk mendengar pendirian Rusia mengenai hubungan antara kedua-dua negara Korea serta hubungan Korea Utara-Amerika.

PERJANJIAN CHINA-KOREA SELATAN BUKA RUANG KEPADA KANDUNGAN KOREA

Sementara itu, pejabat presiden menyatakan perjanjian perkhidmatan dan pelaburan dengan China membawa sedikit kemajuan dalam menangani sekatan tidak rasmi Beijing terhadap kandungan budaya Korea Selatan.

Menurut pegawai tersebut, perjanjian itu mengesahkan bahawa kandungan Korea tidak akan menerima layanan kurang baik berbanding kandungan dari negara lain, meskipun sekatan berkenaan bukan langkah rasmi China.

Beliau menambah peluang untuk mengadakan konsert K-pop di China masih terbuka.

Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita