Korea Selatan, China, Jepun ikrar pertingkat kerjasama tiga hala
Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Pemimpin tertinggi dari Korea Selatan, China dan Jepun membincangkan kestabilan serantau dalam mesyuarat pertama mereka dalam tempoh lima tahun pada Isnin (27 Mei) dengan ikrar untuk meningkatkan kerjasama tiga hala.
Sidang puncak itu menghimpunkan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, Perdana Menteri China Li Qiang dan Perdana Menteri Jepun, Li Fumio Kishida, untuk rundingan di Seoul.
Pertemuan tiga hala itu adalah yang pertama sejak 2019, akibat ketegangan dua hala dan pandemik COVID-19.

Dalam ucapan pembukaannya, ketiga-tiga pemimpin itu bersetuju untuk memperluaskan kerjasama dan berusaha untuk memulihkan sepenuhnya sidang puncak tiga hala itu, yang pertama kali diadakan pada 2008.
Presiden Yoon berkata para pemimpin juga bersetuju untuk menubuhkan sekitaran perdagangan yang telus dan boleh dirancang, serta berikrar untuk bertindak bersama menangani cabaran-cabaran global.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata sidang puncak itu membuka peluang untuk menghidupkan semula rundingan bebas.
Namun, beliau menasihatkan supaya dielakkan sebarang percubaan untuk merubah keadaan sediakala secara paksa.
PM Li pula menyeru Korea Selatan dan Jepun supaya menolak fahaman perlindungan yang memecahbelahkkan.
Beliau menggesa rundingan yang mesra untuk menghuraikan rasa sangsi dan salah faham, serta menggesa sikap berhemah dalam usaha menangani ancaman dari Korea Utara.

Sumber : AGENCIES/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.