Skip to main content

Dunia

Korea Selatan buat pertama kali catat lebih 200,000 kes baru COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan buat pertama kali catat lebih 200,000 kes baru COVID-19

Gambar fail. (Gambar: Ed Jones/AFP)

Diterbitkan : 02 Mar 2022 06:26PM

SINGAPURA: Korea Selatan mencatat lebih 200,000 kes baru COVID-19 buat pertama kalinya di tengah-tengah penularan pantas varian Omicron yang lebih mudah berjangkit.

Lonjakan kes itu berlaku sedang pihak pemerintah menghentikan buat sementara waktu penguatkuasaan peraturan pas vaksin atas sebab kekurangan kakitangan.

Jumlah jangkitan harian di Korea Selatan sudah mencecah sekitar 170,000 kes sejak seminggu lalu.

Menurut pihak berkuasa Korea Selatan gelombang terkini dijangka memuncak kepada sekitar 250,000 kes setiap hari menjelang pertengahan bulan ini.

Walaupun jumlah kes harian mencapai rekod terbaru, sekolah-sekolah dari peringkat rendah hingga menengah juga sudah dibuka semula hari ini(2 Mac).

Kebanyakan sekolah memilih untuk mengadakan kelas bersemuka pada hari pertama penggal baru.

Ini walaupun mereka diberikan pilihan antara pembelajaran 'online' ataupun secara bersemuka.

Para pelajar juga dinasihatkan agar mengambil ujian antigen pantas di rumah dua kali seminggu sebelum ke sekolah.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita