AS, Korea Selatan beri amaran kepada Korea Utara, jangan gunakan senjata nuklear
Para penumpang sedang menonton siaran berita berhubung pelancaran peluru berpandu Korea Utara di sebuah terminal feri pada 3 November 2022. (Gambar: Anthony WALLACE / AFP)
Sejak beberapa hari lalu, Korea Utara melakukan 29 ujian pelancaran peluru berpandu termasuk jenis balistik antara benua.
BACA:
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Llyod Austin menegaskan, negaranya akan melindungi Korea Selatan.
Menteri Pertahanan Korea Selatan, Lee Jong-sup pula berkata, sebarang serangan nuklear dari Korea Utara akan dibalas dengan amat hebat dan boleh menamatkan pemerintahan Kim Jong-un.
Selepas pertemuan di Pentagon, Encik Austin dan Encik Lee juga mengumumkan, latihan bersama tentera udara mereka yang terbesar di Korea Selatan, akan dilanjutkan.
Latihan Vigilant Storm itu yang bermula Isnin lalu sepatutnya berakhir pada Sabtu (5 Nov).
Korea Utara menyifatkan latihan tersebut sebagai tindakan provokasi terhadapnya dan mendesak ia segera dihentikan.
BACA:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.