Korea Selatan batal sambutan Tahun Baharu, teruskan siasatan nahas Jeju Air
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Jung Yeon-je)
SEOUL: Sambutan Tahun Baharu di Korea Selatan dibatalkan di seluruh negara, sementara para penyiasat berusaha untuk mengenal pasti mangsa-mangsa yang masih belum dipastikan.
Ini selain mendapatkan jawapan tentang apa yang menyebabkan nahas Jeju Air yang membawa maut pada Ahad lalu.
Ramai ahli keluarga mangsa yang marah dan kecewa, dengan hanya kira-kira separuh daripada mayat mangsa yang dikembalikan kepada keluarga mereka setakat ini.
Sejauh ini, cap jari dan sampel DNA digunakan untuk tujuan pengecaman korban.

BACA:
Daripada 181 orang dalam penerbangan Jeju Air dari Bangkok ke Muan itu, hanya dua orang yang terselamat dalam nahas tersebut.
Keluarga mangsa telah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Mua sejak Ahad (29 Dis) lalu, menunggu sebarang maklumat yang boleh mereka dapatkan.
Beberapa pegawai tinggi pemerintah, termasuk Pemangku Presiden Choi Sang-mok, berada di tempat kejadian, untuk cuba meredakan perasaan sedih dan marah keluarga-keluarga mangsa.
Beliau sudah mengarahkan pemeriksaan keselamatan terhadap keseluruhan sistem operasi syarikat penerbangan terbabit, sementara para penyiasat cuba mencari punca nahas maut tersebut.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.