Korea Selatan bakal ambil tindakan undang-undang ke atas doktor yang tinggalkan pekerjaan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Jung Yeon-je)
SEOUL: Menteri Kesihatan Korea Selatan berkata pada Isnin (4 Mac) bahawa pihak berkuasa negara itu akan mula menyiasat hospital untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor yang tidak mengendahkan permintaan menghentikan mogok atas rancangan pemerintah menambah jumlah kemasukan penuntut ke sekolah perubatan.
Kira-kira 9,000 doktor pelatih, atau sekitar 70 peratus jumlah keseluruhan negara itu, meninggalkan pekerjaan tersebut sejak 20 Februari. Ia menyebabkan sejumlah pembedahan dan rawatan dibatalkan, serta menjejas jabatan kecemasan.
Pemerintah Korea Selatan memberi amaran bahawa doktor yang terlibat dalam mogok tersebut boleh berdepan tindakan pentadbiran dan undang-undang, termasuk lesen perubatan mereka digantung serta denda atau hukuman penjara jika mereka tidak pulang bekerja sebelum hujung bulan ini.
Bagi doktor yang mogok dan memilih untuk kembali bekerja, Menteri Kesihatan Korea Selatan Choo Kyoo-hong berkata pemerintah akan mempertimbangkan hukuman ringan ketika membuat keputusan terhadap mereka.
Naib Menteri Kesihatan Park Min-soo kemudian berkata di sidang media bahawa pemerintah akan mengambil langkah untuk menggantung kira-kira 7,000 doktor pelatih yang sudah meninggalkan pekerjaan mereka.
Doktor pelatih yang menyertai mogok tersebut berkata bahawa pemerintah patut menangani isu gaji dan keadaan bekerja sebelum menambah bilangan doktor.
Pemerintah menyatakan rancangan untuk menambah jumlah penuntut untuk dimasukkan ke sekolah perubatan sebanyak 2,000, yang akan bermula pada tahun akademik 2025, diperlukan dalam masyarakat yang kian menua dengan nisbah doktor berbanding pesakit paling rendah di negara maju, iaitu 2.6 doktor bagi setiap 1,000 orang .

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.