Korea Selatan arah syarikat Jepun bayar ganti rugi kepada buruh paksa era Perang Dunia Kedua
Mahkamah tertinggi Korea Selatan mengekalkan keputusan sebelum ini, yang mengarahkan syarikat Jepun, Mitsubishi, supaya membayar ganti rugi kepada 11 rakyat Korea Selatan yang menjadi buruh paksa semasa Perang Dunia Kedua.
SEOUL: Mahkamah tertinggi Korea Selatan mengekalkan keputusan sebelum ini, yang mengarahkan syarikat Jepun, Mitsubishi, supaya membayar ganti rugi kepada 11 rakyat Korea Selatan yang menjadi buruh paksa semasa Perang Dunia Kedua.
Jumlah ganti rugi yang perlu dibayar sekitar AS$70,000 (S$96,300) hingga AS$110,000 (S$151,400) setiap seorang.
Rakyat Korea Selatan yang dijadikan buruh paksa itu sudah lama memfailkan saman mereka.
Pada 2013, mahkamah mengarahkan Mitsubishi membayar ganti rugi tersebut tetapi syarikat itu mengemukakan rayuannya. Namun mahkamah tertinggi Korea Selatan hari ini (29 Nov) mengekalkan keputusan tahun 2013 itu.
Baru bulan lalu, mahkamah yang sama mengarahkan sebuah lagi syarikat Jepun, Nippon Steel & Sumitomo Metal Corp membayar ganti rugi kepada para buruh paksanya semasa penjajahan Jepun.
Salah seorang mangsa yang kini berusia 90 tahun berkata beliau dihantar ke Jepun ketika berusia 15 tahun kerana diperdaya akan diberi peluang melanjutkan pelajarannya.
Menurut Menteri Luar Jepun, Taro Kono, keputusan terbaru mahkamah Korea Selatan itu tidak boleh diterima dan amat dikesali. Jepun mendakwa semua isu ganti rugi sudah dihuraikan menerusi perjanjian antara Korea Selatan dengan Jepun pada 1965.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.