Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan arah semua lapangan terbang pasang kamera pengesan burung, radar

Pihak berkuasa Korea Selatan menyatakan pada Khamis (6 Feb) bahawa semua lapangan terbang di seluruh negara akan diarahkan untuk memasang kamera pengesan burung dan radar menyusuli nahas Jeju Air yang menyebabkan kematian 179 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan arah semua lapangan terbang pasang kamera pengesan burung, radar

Pesawat penumpang di atas landasan di Lapangan Terbang Gimpo di Seoul, Korea Selatan pada Sabtu, 9 Nov 2024. (Gambar fail: AP/Ahn Young-joon)

Diterbitkan : 06 Feb 2025 03:44PM Dikemas Kini : 06 Feb 2025 05:51PM
SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan menyatakan pada Khamis (6 Feb) bahawa semua lapangan terbang di seluruh negara akan diarahkan untuk memasang kamera pengesan burung dan radar menyusuli nahas Jeju Air yang menyebabkan kematian 179 orang.

Pesawat Boeing 737-800 dalam penerbangan dari Thailand ke Muan di barat daya Korea Selatan pada 29 Disember, membawa 181 penumpang dan anak kapal ketika ia mendarat di lapangan terbang Muan dan meletup selepas merempuh penghadang konkrit.

Ia adalah bencana penerbangan paling dahsyat pernah berlaku di Korea Selatan.

Rancangan terbaharu itu diumumkan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan keselamatan khas di lapangan terbang di seluruh negara - di samping tinjauan menyeluruh tentang kemudahan yang khususnya menarik perhatian burung.

"Semua lapangan terbang akan ada sekurang-kurangnya satu kamera pengimejan haba," jelas Kementerian Tanah dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pihaknya menyasarkan untuk memulakan pelancaran tahun depan.

Peranti sonik mudah alih juga akan dilaksanakan terutamanya untuk menangani "burung bersaiz sederhana dan besar".

"Radar pengesanan burung akan dipasang di semua lapangan terbang untuk meningkatkan pengesanan awal burung dari jauh dan meningkatkan keupayaan tindak balas untuk pesawat," tambah kementerian itu.

Radar itu akan mengesan saiz burung dan laluan pergerakannya, dan maklumat ini akan disampaikan kepada pengawal trafik udara yang akan berkomunikasi dengan juruterbang.

Menteri itu juga berkata mereka akan "mewujudkan undang-undang asas" untuk mengalihkan kemudahan yang menarik burung - seperti rawatan sisa makanan dan kebun - jauh dari lapangan terbang, dan mengenakan sekatan jarak baharu ke atas kemudahan yang baharu.

"Keutamaan utama adalah untuk mewujudkan langkah-langkah pembaharuan menyeluruh merentasi keselamatan penerbangan untuk mengelakkan berulangnya kemalangan pesawat," kata timbalan menteri penerbangan awam Joo Jong-wan.

Bangkai itik ditemui dalam kedua-dua enjin penerbangan Jeju Air, menurut laporan media Korea Selatan, dengan serangan burung sedang diperiksa sebagai satu kemungkinan punca.

Siasatan nahas itu menjadi lebih kabur apabila kementerian pengangkutan menyatakan kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan perakam suara kokpit untuk penerbangan yang terhempas itu berhenti merakam empat minit sebelum bencana itu.
Sumber : Agensi berita/SK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan