Korea Selatan arah hukuman gugur janin ditarik balik
Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengarahkan agar pengharaman ke atas perbuatan menggugurkan janin, ditarik balik.

Korea Selatan mengenakan hukuman jenayah bagi pengguguran, kecuali kes rogol, sumbang mahram dan sekiranya ia membahayakan kesihatan wanita yang mengandung. (Gambar: Jung Yeon-je/AFP)
SEOUL: Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengarahkan agar pengharaman ke atas perbuatan menggugurkan janin, ditarik balik.
Di bawah undang-undang yang diperkenalkan pada 1953, wanita di Korea Selatan boleh dijatuhi hukuman penjara selama setahun kerana menggugurkan kandungannya.
Seorang doktor pula boleh dipenjarakan sehingga dua tahun jika menjalankan prosedur pengguguran.
Bagaimanapun kini, panel hakim yang terdiri daripada sembilan anggota di Seoul meminta parlimen negara itu supaya memperkenalkan rang undang-undang bagi melonggarkan pengharaman tersebut, menjelang 2020.
Kes tersebut terbit daripada satu rayuan yang dikemukakan pada 2017 oleh seorang pakar sakit puan, yang didakwa atas tuduhan menjalankan 70 pengguguran dari 2013 hingga 2017.
Korea Selatan tergolong dalam kalangan segelintir negara maju yang mengenakan hukuman jenayah bagi pengguguran, kecuali kes rogol, sumbang mahram dan sekiranya ia membahayakan kesihatan wanita yang mengandung.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.