Skip to main content

Dunia

Korea Selatan arah Amerika benarkan pekerja ditahan lepas tanpa digari

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan arah Amerika benarkan pekerja ditahan lepas tanpa digari

Sebuah pesawat sewa Korea Selatan yang dijadualkan membawa pulang pekerja yang ditahan dalam serbuan imigresen Amerika minggu lalu di loji bateri kereta. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Sep 2025 10:28AM Dikemas Kini : 11 Sep 2025 10:29AM

WASHINGTON: Korea Selatan mengarahkan sekutunya Amerika Syarikat pada Rabu (10 Sep) membenarkan ratusan pekerja Korea meninggalkan negara itu dengan cepat dan tanpa bergari selepas mereka ditahan dalam serbuan imigresen di tapak pengilangan Hyundai di wilayah Georgia.

Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun membuat permintaan itu pada pertemuan di Rumah Putih dengan Setiausaha Negara Amerika Marco Rubio.

"Cho gesa perhatian dan sokongan khas pentadbiran Amerika supaya warga Korea yang ditahan boleh meninggalkan Amerika dengan cepat tanpa sekatan fizikal dengan digari, dan sebgainya., kerana mereka bukan penjenayah," nyata kementerian luar Korea Selatan.

Kira-kira 300 warga Korea Selatan ditangkap minggu lalu bersama 175 yang lain di tapak projek Hyundai Motor dan LG Energy Solution bernilai AS$4.3 (S$5.51 billion) bilion untuk mengilangkan bateri untuk kereta elektrik di Georgia.

Agensi berita Korea Selatan Yonhap melaporkan pekerja Korea Selatan akan meninggalkan pusat tahanan awal Khamis(11 Sept) dengan bas dan berlepas dari Amerika menaiki pesawat sewa yang diterbangkan untuk menjemput mereka sekitar tengah hari itu, selepas tertunda.

Beliau menukil sumber yang lebih mengetahui tentang pekara itu tetapi tidak mahu namanya didedahkan.

Encik Cho menyarankan Korea Selatan dan Amerika membincangkan wujudkan kategori Visa baharu untuk mencegah isu pada masa akan datang. Beliau juga meminta pekerja yang ditahan tidak disekat jika mereka ingin melawat Amerika semula.

Serbuan itu - operasi penguatkuasaan ke atas sebuah tapak terbesar dalam sejarah operasi siasatan Jabatan Keselamatan Dalam Negara Amerika syarikat - menghantar memberi kejutan kepada Korea Selatan, yang cuba memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan Washington.

Kementerian Luar Korea Selatan pada awal Rabu (10 Sep) berkata bahawa ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika untuk membawa pulang pekerja-pekerja terbabit , walaupun sukar untuk membawa mereka pulang mereka kembali pada Rabu kerana keadaan di Amerika yang tidak menentu

Jabatan Negara Amerika tidak menyebut isu imigresen dalam bacaan pertemuan Encik Rubio dengan Encik Cho, tetapi menukil Encik Rubio sebagai sebagai kata bahawa Amerika Syarikat mengalu-alukan pelaburan Korea Selatan dan kedua-duanya membincangkan mempromosikan perkongsian perdagangan timbal balik yang adil.

Kementerian itu menyatakan ia juga membincangkan peluasan "perkongsian beban pertahanan yang saksama," merujuk kepada gesaan Amerika agar Seoul menokok dana  untuk kehadiran tentera Amerika di Korea Selatan.

Menurut kementerian luar Korea Selatan, Encik Rubio memberitahu Encik Cho bahawa Presiden Donald Trump mengarahkan beliau untuk segera berunding dan mengambil tindakan untuk memastikan hasrat Korea Selatan "dipenuhi sebanyak mungkin".

Penguasa imigresen Amerika secara rutin menggari dan membelenggu pendatang apabila mereka dimasukkan ke dalam penerbangan pengusiran, satu amalan yang telah mendapat kritikan daripada beberapa negara, termasuk Colombia dan Brazil.

Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita