Skip to main content

Dunia

Korea Selatan akan terbit laporan awal nahas Jeju Air menjelang Isnin

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan akan terbit laporan awal nahas Jeju Air menjelang Isnin
Diterbitkan : 25 Jan 2025 06:03PM Dikemas Kini : 25 Jan 2025 07:33PM
SEOUL: Korea Selatan akan menerbitkan laporan awal nahas pesawat Jeju Air menjelang Isnin (27 Jan), dedah Kementerian Pengangkutan negara itu pada Sabtu (25 Jan).

Kejadian tersebut yang berlaku bulan lalu meragut 179 nyawa, iaitu kejadian penerbangan paling buruk yang berlaku di negara itu.

Salah satu isu di bawah siasatan itu adalah peranan serangan burung dalam nahas penerbangan 7C2216 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan dari Bangkok pada 29 Disember, tulis kenyataan kementerian.

Laporan itu akan dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, serta Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.

Seoul bekerjasama dengan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Siasatan dan Analisis Perancis untuk Keselamatan Penerbangan Awam.

Ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk menganalisis, mengenal pasti data penerbangan dan rakaman suara kokpit, yang berhenti merakam 4 minit dan 7 saat sebelum nahas berlaku, serta rakaman komunikasi bersama menara kawalan.

Pesawat itu terhempas pada pukul 9.02 pagi, di mana ia merempuh sebuah benteng dan terbakar, yang membunuh semua orang kecuali dua anak kapal di bahagian ekor pesawat.
Kementerian itu menyatakan ia akan menjalankan analisis berasingan berkaitan peranan
benteng yang membantu antena navigasi.

Pada Rabu (22 Jan), Kementerian Pengangkutan Korea Selatan menyatakan ia memindahkan benteng tersebut, yang dikatakan pakar membuat nahas itu lebih teruk.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita