Korea Selatan akan siasat kebakaran kapal di Selat Hormuz, Trump salahkan Iran
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal dan bot di Selat Hormuz, di Musandam, Oman. (Gambar fail: Reuters/Stringer)
SEOUL: Pihak berkuasa Seoul pada Selasa (5 Mei) menyatakan pihaknya akan menyiasat punca letupan dan kebakaran sebuah kapal kendalian Korea Selatan di Selat Hormuz. Insiden itu disifatkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebagai serangan daripada Iran.
"Punca sebenar kemalangan akan dikenal pasti selepas kapal itu ditunda dan kerosakannya diperiksa," menurut Kementerian Luar Korea Selatan dalam satu kenyataan.
Kapal kargo yang berdaftar di Panama dan dikendalikan oleh syarikat perkapalan HMM tidak membawa muatan dan sedang berlabuh ketika letupan dan kebakaran berlaku pada Isnin (4 Apr).
Kementerian itu menyatakan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran berjaya dipadamkan. Kapal yang diberi nama HMM Namu itu akan ditunda ke pelabuhan berhampiran untuk menjalani penilaian kerosakan dan kerja-kerja pembaikan.
Jurucakap HMM berkata seramai 24 anak kapal masih berada di atas kapal kargo seberat 35,000 tan tersebut. Kebakaran bermula di bilik enjin, dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Kumpulan pengurusan risiko maritim Britain, Vanguard, menyatakan bahawa pihak berkuasa akan menyiasat sama ada kerosakan itu berpunca daripada serangan, periuk api di laut, atau objek lain.
Sebagai tindak balas, Kementerian Lautan dan Perikanan Korea Selatan meminta kapal-kapal Korea di kawasan berkenaan menuju ke lokasi yang lebih selamat. Mereka juga sedang berhubung rapat dengan syarikat perkapalan dan kapal-kapal yang terkandas.
Pemerintah Korea Selatan memaklumkan sebanyak 26 buah kapal berdaftar Korea Selatan kini terkandas di sekitar Selat Hormuz.
Dalam catatannya di platform Truth Social, Encik Trump menuduh Iran melepaskan tembakan ke arah kapal tersebut dan sasaran lain ketika Amerika Syarikat melancarkan operasi untuk membuka semula Selat Hormuz bagi laluan perkapalan.
Beliau membayangkan sudah tiba masanya untuk Korea Selatan menyertai usaha Amerika Syarikat mengiringi kapal-kapal yang terkandas melalui Selat Hormuz, yang biasanya membawa kira-kira seperlima bekalan minyak dan gas asli cecair dunia.
Kementerian Ehwal Luar, Kementerian Pertahanan, dan Pejabat Presiden Korea Selatan tidak memberikan ulasan segera mengenai catatan Encik Trump.
Sebelum ini, Korea Selatan menyatakan ia akan mempertimbangkan dengan teliti permintaan Encik Trump agar negara-negara mengerahkan kapal tentera laut masing-masing bagi membentuk gabungan bagi memastikan laluan tersebut selamat, namun menegaskan langkah itu memerlukan kelulusan daripada pihak perundangan negara masing-masing.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.