Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea S., AS adakan latihan tentera baru bagi gantikan 2 latihan tentera besar-besaran

Amerika Syarikat dan Korea Selatan akan menjalankan satu latihan tentera bersama selama sembilan hari mulai Isnin (4 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2019 09:35PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 10:45PM

SEOUL: Amerika Syarikat dan Korea Selatan akan menjalankan satu latihan tentera bersama selama sembilan hari mulai Isnin (4 Mac).

Bagaimanapun, saiz latihan itu lebih kecil dan ia menggantikan dua latihan utama yang diadakan setiap tahun di Korea Selatan.

Amerika Syarikat dan Korea Selatan bersetuju menghentikan dua latihan tentera bersama yang besar, iaitu Foal Eagle dan Key Resolve, bagi mengurangkan ketegangan dengan Korea Utara.

Keputusan itu juga bertujuan untuk menyokong usaha-usaha diplomatik bagi mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.

Latihan Foal Eagle dan Key Resolve sering diadakan pada bulan Mac dan April.

Latihan Foal Eagle merupakan latihan bersama di lapangan dan melibatkan kira-kira 200,000 anggota tentera laut, darat dan udara Amerika Syarikat serta Korea Selatan. Latihan Key Resolve pula merupakan latihan simulasi komputer.

Saban tahun setiap kali dua latihan itu diadakan, Pyongyang mengemukakan bantahan keras kerana menganggapnya sebagai ancaman kepada Korea Utara.

Sejak sidang puncak pertama antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara di Singapura pada Jun 2018, Amerika Syarikat dan Korea Selatan menggantung beberapa latihan tentera bersama.

Presiden Donald Trump pula berulang kali mengatakan bahawa latihan-latihan tentera bersama itu melibatkan perbelanjaan yang terlalu besar.

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan