Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korban nahas pesawat tentera Filipina naik kepada 50

Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad (4 Jul) meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
Korban nahas pesawat tentera Filipina naik kepada 50

Kesan nahas pesawat C-130 yang terhempas di bahagian selatan Filipina pada 4 Julai 2021. (Gambar: Pasukan Bertindak Bersama Sulu via AFP)

Diterbitkan : 05 Jul 2021 02:54PM Dikemas Kini : 05 Jul 2021 02:59PM

MANILA: Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad (4 Jul) meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera.

Demikian lapor Sputnik, menurut ABS CBN memetik jurucakap Tentera Filipina.

Jeneral Edgard Arevalo hari ini (5 Jul) berkata pihak berkuasa menemui lima lagi mayat menjadikan jumlah korban terkini seramai 50.

Antara yang terkorban termasuk 47 anggota tentera dan tiga orang awam.

Mangsa yang cedera pula termasuk 49 anggota tentera dan empat orang awam, kata Jeneral Arevalo.

Sebelum ini, laporan menyatakan 45 penumpang terkorban, manakala 42 yang lain terselamat. 

Terdapat lebih 80 penumpang di dalam pesawat C-130 ketika ia terhempas di Pulau Jolo pada Ahad, ketika cuba mendarat dan terbabas dari landasan.

Menurut Jeneral Arevalo, tentera Filipina telahpun menggantung sementara penerbangan pesawat C-130.

Gambar: Pasukan Bertindak Bersama Sulu via REUTERS.

Dalam pada itu, Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana berkata beliau sudah mengarahkan agar siasatan dijalankan ke atas nahas tersebut. Ia akan bermula selepas operasi menyelamat selesai.

Pihak tentera menyatakan para askar yang menaiki pesawat itu berpangkat prebet dan dikerahkan untuk ke batalion-batalion mereka.

"Beberapa askar dilihat terjun daripada pesawat sebelum ia terhempas sekali gus mengelak daripada terkena letupan akibat nahas itu," menurut satu kenyataan Pasukan Bertindak Bersama Sulu.

Bagaimanapun, masih belum jelas berapa ramai yang terjun keluar daripada pesawat itu atau sama ada mereka terselamat.  

Sumber : Bernama/AFP/REUTERS/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan