Korban jiwa Taufan Dujuan meningkat kepada 9 orang di Jepun; 4 masih hilang
Angka kematian akibat Taufan Dujuan yang melanda timur Jepun awal minggu ini meningkat kepada sembilan orang pada Rabu (23 Sep), menurut pihak berkuasa tempatan.
Kawasan perumahan dinaiki air akibat hujan lebat yang dibawa Taufan Dujuan di Sakura, wilayah Chiba, Jepun. (Gambar: Kyodo menerusi Reuters)
- Angka kematian akibat Taufan Dujuan di timur Jepun meningkat kepada sembilan orang pada Rabu, 23 September, menurut pihak berkuasa tempatan.
- Kyodo melaporkan seorang wanita meninggal dunia di Kanagawa, manakala seorang lelaki ditemukan dalam kenderaan tenggelam di Chiba.
- Empat orang masih hilang dan usaha mencari diteruskan selepas taufan membawa hujan lebat serta banjir ke sebahagian besar Chiba.
- Chiba mencatat enam kematian dan mengalami kerosakan teruk, selepas turut dilanda hujan lebat serta banjir pada Ogos dan awal September.
Agensi berita Kyodo melaporkan seorang wanita disahkan meninggal dunia di wilayah Kanagawa, manakala seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kenderaan yang tenggelam di wilayah Chiba, timur Tokyo.
Usaha mencari empat lagi yang dilaporkan hilang masih diteruskan selepas taufan itu membawa hujan lebat dan banjir ke sebahagian besar wilayah Chiba.
Enam daripada sembilan mangsa meninggal dunia di Chiba manakala tiga lagi di Kanagawa, barat daya Tokyo.
Taufan Dujuan melanda ketika cuti Silver Week selama lima hari yang berakhir pada Rabu (23 Sep).
Chiba mengalami kerosakan teruk akibat taufan itu selepas wilayah tersebut turut dilanda hujan lebat dan banjir pada Ogos dan awal September.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.