Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korban jiwa serangan pengganas Sri Lanka meningkat kepada 310

Korban jiwa akibat siri serangan bom yang dilancarkan di Sri Lanka sudah meningkat kepada 310 orang, kata jurucakap polis hari ini (23 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Korban jiwa serangan pengganas Sri Lanka meningkat kepada 310

Korban jiwa akibat siri serangan bom yang dilancarkan di Sri Lanka kini meningkat kepada 310 orang. (Gambar: Dinuka Liyanawatte/Reuters)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 12:51PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 12:53PM

COLOMBO: Korban jiwa akibat siri serangan bom yang dilancarkan di Sri Lanka sudah meningkat kepada 310 orang, kata jurucakap polis hari ini (23 Apr).

Sebilangan orang dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami mereka sepanjang malam tadi.

Sekitar 500 orang cedera akibat tragedi di beberapa gereja dan hotel mewah di negara itu, kata Ruwan Gunasekera dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sekitar 40 orang sudah diberkas kerana dipercayai ada kaitan dengan serangan-serangan berkenaan.

Pemerintah Sri Lanka menyalahkan kumpulan militan tempatan, Thowheeth Jama'ath Nasional (NTJ), mendalangi serangan-serangan tersebut.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan