Korban jiwa puting beliung di AS meningkat kepada 18

(Gambar: AP)
NEW YORK: Angka korban akibat puting beliung yang melanda Amerika Syarikat kini meningkat kepada 18 orang manakala berpuluh-puluh lagi cedera, menurut pegawai pada Sabtu (1 Apr).
Perkhidmatan Cuaca Nasional (NWS) memaklumkan lebih 57 puting beliung dikesan dalam tempoh 24 jam lalu meliputi lapan negeri, termasuk Arkansas, Mississippi, Iowa, Tennessee, Illinois dan Wisconsin, lapor Agensi Anadolu.
Puting beliung berkenaan meragut tujuh nyawa di Tennessee, lima di Arkansas, tiga di Indiana, dan masing-masing seorang di Illinois, Mississippi dan Alabama.
Gabenor Arkansas Sarah Huckabee Sanders mengisytiharkan darurat di tengah-tengah amaran cuaca buruk.
NWS juga mengesahkan bahawa puting beliung yang melanda Little Rock, ibu kota Arkansas, adalah EF3 "tahap tinggi" dengan angin maksimum dianggarkan pada kelajuan 265 kilometer sejam.
NWS mengeluarkan amaran ribut di Tennessee, Kentucky, Alabama, Mississippi, Illinois, Indiana dan Michigan.
Kira-kira 530,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di sebahagian kawasan di AS, termasuk lebih 200,000 di Ohio, menurut PowerOutage.us, sebuah laman sesawang yang menjejaki gangguan bekalan elektrik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.