Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korban jiwa nahas kereta api di Greece meningkat kepada 57 orang

Anggaran Waktu Membaca:
Korban jiwa nahas kereta api di Greece meningkat kepada 57 orang

(Gambar: Sakis Mitrolidis/AFP)

ATHENS/TEMPI: Angka korban nahas kereta api di utara Greece meningkat kepada 57 orang dengan sekurang-kurangnya 10 lagi masih hilang.

Anggota penyelamat dan bomba masih menjalankan operasi bagi mencari mangsa yang terselamat selepas kereta api penumpang yang membawa lebih 350 orang itu bertembung dengan kereta api muatan di bandar Tempi, berhampiran Larissa, lapor Agensi Anadolu. 

Ketua perkhidmatan forensik bandar Larissa, Rubini Leontari, berkata sekurang-kurangnya 14 lagi mayat rentung ditemukan pada Khamis (2 Mac). 

Beliau berkata, beberapa gerabak terbakar dan dikhuatiri ramai mangsa yang terperangkap.

Sekurang-kurangnya 72 penumpang yang cedera dimasukkan ke hospital dengan 15 daripada mereka dibenarkan pulang, manakala enam lagi kritikal.

Mangsa termasuk sembilan pekerja kereta api dan pelajar universiti.

Pakar psikologi juga dihantar ke Hospital Besar Larissa untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa dan penumpang.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan