Skip to main content

Dunia

Korban gempa Colombia sekuat 7.4 Richter meningkat kepada lebih 100 orang

Anggaran Waktu Membaca:
Korban gempa Colombia sekuat 7.4 Richter meningkat kepada lebih 100 orang

Orang ramai mencari mangsa yang terselamat di celah runtuhan sebuah bangunan yang roboh selepas gempa bumi di Cali, Colombia, pada 10 Ogos 2026. (Gambar: AFP/Joaquin Sarmiento)

Diterbitkan : 11 Aug 2026 09:35AM
BOGOTA: Angka korban akibat gempa bumi 7.4 magnitud yang melanda barat Colombia pada Isnin (10 Ogos) meningkat kepada 111 orang di seluruh negara, manakala 87 lagi cedera, menurut Presiden Colombia Abelardo de la Espriella di Bogota, lapor Xinhua.

Encik De la Espriella berkata gempa itu turut mengakibatkan 1,575 rumah serta prasarana di enam lapangan terbang rosak, serta menyebabkan operasi penerbangan komersial digantung.

Pemerintah Colombia pada Isnin (10 Ogos) mengisytiharkan darurat bagi menangani kesan gempa bumi berkenaan.

Menurut Perkhidmatan Geologi Colombia, gempa berlaku pada pukul 7.34 pagi waktu tempatan di barat negara itu.

Pusat gempa dikesan berhampiran San Jose del Palmar di wilayah Choco, pada kedalaman 96 kilometer.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita